MASJID KAMPONG BIRAU

Saya HAJI IBRAHIM BIN HAJI RATU selaku pereka blog ini mengucapkan "Selamat mengikuti blog kami"

Isnin, 15 Jun 2015

AHLI-AHLI JAWATANKUASA MUSLIMAH TELAH MENGADAKAN KEMPEN KEBERSIHAN BAGI KAWASAN LUAR MASJID KAMPONG BIRAU.

Isnin, 28 Syaban 14346 / 15 Jun 2015, Satu kempen telah diadakan bagi membersih kawasan luar Masjid Kampong Birau olih 10 orang Jawatankuasa Muslimah Masjid yang diketuai olih Hajah Rafeah binti Haji Abdul Rahman, Isteri Ketua Kampong Birau, selaku Ketua KumpuliSan Muslimah tersebut dan Penolong beliau Cikgu Hajah Asiah binti  Ghani.


Ianya dijalankan sebagai satu aktiviti bulanan kumpulan tersebut, bagi menyambut kedatangan bulan Ramadan yang tidak lama lagi akan menjelang.

Menyiram dan menyapu longkang.

Berehat sambil santai dengan minum aidr mineral.

Menyambong kerja dengan menyapu dan menyiram dengan air paip.

Membuang sampah yang keras dan melekat pada lantai luar.

Berkerja beramai-ramai atau beraum-aum.

Sambil bersantai santai.

Isnin, 1 Jun 2015

MAJLIS NISFU SYABAAN

Hari Isnin 15 Syabaan 1436 / 1 Jun 2014,  Ahli-Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampong Birau telah mengadakan majlis Nisfu Syabaan.  Acara diadakan selapas menunaikan solat fardu Magrib.  Acara membaca Surah Yassin sebanyak 3 kali dikepalai olih Yang Mulia Imam Pengiran Haji Mohammad Fakrin bin Pengiran Haji Ghani. 

 Bacaan dimulakan dengan surah Al Fateha dipimpin olih YM Imam Pengiran Hj Md Fakrin Pg Hj Ghani.

 Sebahagian jemaah yang hadir kelihatan Mantan Imam YM Hj Abd Rahman Hj Seruddin.

 Nampak air botol disediakan untuk menjadi air yassin.  No 2 dari kanan Ketua Kampong Birau YM Hj Burhanuddin Hj Hashim.

 Para jemaah turut membaca surah Yassin sebanyak 3 kali.