MASJID KAMPONG BIRAU

Saya HAJI IBRAHIM BIN HAJI RATU selaku pereka blog ini mengucapkan "Selamat mengikuti blog kami"

Sabtu, 7 November 2015

PERSERTA PERTANDING PERADUAN MEMBACA AL QURAAN BELIAWANIS TELAH MENDAPAT TEMPAT NAIB JOHAN.

Sabtu 7 November 2015, Perserta perempuan berlia (beliawanis) telah mendapat tempat kedua (Naib Johan) dalam Pertandingan Mambaca Al Quraan Belia & Beliawanis, Masjid, Surau dan Balai Ibadat Pengkat Akhir Negara. 

Pertandingan dianjurkan olih Jabatan Hal Ehawal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Bertampat di  Jame' Assr Hassanil Bolkiah Bandar Seri Begawan Negara Brunei Darussalam.

Yang Mulia Dato Seri Setia Awang Haji Abd Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof, Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam telah hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis dan Menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang.

Majlis telah dipengerusikan olih Pegarah Jabatan Hal Ehwal Masjid Yang Mulia Ustaz Haji Abd Rajid bin Haji Salleh.

Dimana wakil Masjid Kampong Birau Yang Mulia Dayang Khairun Nadirah bin Awang Ahmad telah mendapat tempat kedua (Naib Johan)

 YM Dyg Siti Khairun Nadirah Ahmad menerima hadiah yang disampaikan olih YM Ustaz DSS Awg Hj Ab Aziz bin OKML Hj Yussof.

 Pemenang kedua ini bergambar bersama ibu beliau YM Ustazah Kamsiah Hj Awang Layeh. Yang juga selaku guru ugama, bertugas mengajar Al Quran dan Rawi bagi Muslimah Masjid dan Guru Quraan bagi pelajar lanjutan Jabatan Pelajaran  mengajar di Pusat Kemesyarakatan Kg Birau.

YM Dyg Siti Khairun Nadirah Ahmad selaku wakil dari Masjid Kampong Birau.

AJK. TAKMIR DAN AJK MUSLIMAH KAMPONG BIRAU TELAH MENGADAKAN KEMPEN KEBERSIHAN UNTUK MEMBERSIH MASJID KAMPONG BIRAU.

Jumaat, 6 November 2015, Ahli Jawatankuasa Takmir dan Jawatankuasa Muslimah Masjid Kampong Birau Tutong telah mengadakan kerja gotongroyong bagi membersih bangunan dan kawasan Masjid Kampong tersebut.  

Kerja-kerja pembersihan dipimpin olih Pengerusi Jawatankuasa Takmir Yang Mulia Imam Pegiran Haji Mohammad Fakhrin bin Pengiran Hj Abd Ghani.   

Ahli Jawatankuasa Muslimah dipimpin olih Tenaga Pengajar Muslimah Yang Mulia Dayang Hajah Aminah binti Haji Hassan, turut dihadiri olih Pegawai Hal Ehwal Muslimah, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Zon Daerah Tutong, Yang Mulia Ustazah Hajah Nadhirah binti Haji Lahit.

Kempen kebersihan ini dikendalikan bersempena Awal Tahun Hijrah 1437…

 Perserta kempen kebersihan bergambar ramai bersama imam YM Pg Hj Fakhrin Pg Hj Abd Ghani

Kempen dijalankan dari AJK Takmir dan AJK Muslimah.

 Salah seorang Muslimah sedang membersihkan mob yang telah disapukan kelantai.

 Mengelap pagar beranda yang telah berhabuk.

 Sebahagian Muslimah mengusai bunga hiasan diluar bangunan masjid yang ada.

 Memperelokkan keadaan tanaman bunga.

 Menyapu dan membersih lantai plywood bagi pertambahan keluasan ruang solat.

Bergambar ramai bersama Pegawai Hal Ehwal Masjid Daerah Tutong YM Hj Masri Hj Mohammad.

Rabu, 4 November 2015

AR-RAUDAH / MUSLIMAH MASJID KAMPNG BIRAU MENDAPAT JOHAN DALAM PERTANIDINGAN MEMBACA RAWI

Hari Khmis, 5 November 2014, Pasukan Ar-Raudah, Muslimah Masjid Kampng Birau, telah mendapat tempat Pertama (Johan) dalam Pertandingan Membaca Rawi (Berzanji).  Bagi Muslimah-Muslimah Masjid, Surau dan Balai Ibadat Daerah Tutong bagi tahun 1437H / 2015M.

Pertandingan disertai olih enam ( 6 ) pasukan

Tempat Kedua (Naib Johan) di sandang olih Pasukan An-Nur, Muslimah Masjid Kampong Telisai dan manakala tempat ketiga di sandang olih Pasukan An-Nisa, Muslimah Masjid Kampong Danau.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Mulia Dayang Hajah Norsiah binti Haji Ahmad, isteri kepada Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahid yang juga selaku Penghulu Mukim Telisai.

 Tetamu Kehormat YM Hjh Norsiah Hj Ahmad menyampaikah hadiah kepada johan pertandingan

 Begambar bersama piala yang diperolihi

 Perserta bergambar bersama piala dan hadiah yang diperolihi

 Perserta semasa menyampaikan persembahan membaca rawi (berzanji) dalam pertandingan

 Perserta bergambar ramai bersama ketua muslimah Masjid Kampong Birau.

 Juga bergambar ramai.
Perserta bergambar sebelum pertandingan