MASJID KAMPONG BIRAU

Saya HAJI IBRAHIM BIN HAJI RATU selaku pereka blog ini mengucapkan "Selamat mengikuti blog kami"

Ahad, 26 Jun 2016

AHLI JAWATAN KUASA MUSLIMAH MASJID KAMPONG BIRAU TELAH MENGADAKAN MAJLIS KHATAM AL QURAN DAN PENYEMPAIAN DERMA KEPADA ANAK-ANAK YATIM.

Ahli-Ahli Jawatankuasa Muslimah, Biro Wanita dan Para Jemaah Perempuan Masjid Kampong Birau telah mengadakan Majlis Khatam Al Quran sempena berakhirnya pembacaan Al Quran dan diselajurkan dengan Penyempaian Derma kepada anak-anak yatim yang tinggal di Kampong Birau dan Kampong Luagan Timbaran.   
Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Berhormat Orang Kaya Maha Bijawa Haji Othman bin Uking, Ahli Majlis Mesyuarat Negara dan Isteri.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al fateha yang dipimpin oleh Yang Mulia Imam Pengiran Mohd Fakhrin bin Pengiran Mohd Dani,  diteruskan dengan bacaan ayat-ayat lazim oleh perserta. Tahtim dibacakan oleh Yang Mulia Ustazah Kamsiah binti Haji Awang Layeh dan doa khatam dibaca oleh Yang Mulia Cikgu Siti RohaidahNorfadzilah binti Haji Mohammad.


Majlis diakhiri dengan penyempaian derma kepada anak-anak yatim oleh tetamu kehormat dan isteri.

 Disebelah kanan YB OKMB Hj Othman bin Uking, selaku Tetamu Kehormat Majlis.

 Sebahagian dari para perserta majlis khatam Al Quraan.

 Sebahagian lagi para perserta.

 Para jemputan yang hadir.

Perserta mengaminkan doa yang dibacakan.













































Sabtu, 25 Jun 2016

SEMBAHYANG TARAWEH DALAM BULAN RAMADAN TINGGAL 10 MALAM SAJA LAGI.



Hari Sabtu Malam Ahad, 25 Jun 2016,  Tinggal 10 hari saja lagi umat Islam di Negara Brunei Darussalam ini menunaikan ibadah puasa bagi tahun ini 1437H.  Yangmana begitu lah juga sembahyang sunat teraweh akan terus dilakukan sepertiga bulan saja lagi.

Sembahyang sunat Taraweh dan witir telah di Imami oleh Yang Mulia Imam Pengiran Mohammad Fakhrin bin Pengiran Mohammad Dani dan di Bilalkan oleh Yang Mulia Bilal Mohammad Khairul Wafiy bin Haji Othman.

Imam Pg Md Fakhrin Pg Md Dani sedang mengimami sembahyang sunat teraweh dimalam-malam dibulan ramadan tahun ini.

Tidak ketinggalan kelihatan Ketua Kampong YM Hj Burhanuddin Hj Hashim dan KPU Tutong YM Awg Hassan Amat. Dikelangan jemaah yang hadir.

Sebahagian lagi jemaah yang ada.

Keadaan kelihatan shaf belakang kosong ketika dua pertiga dari bulan Ramadan tahun ini.



Kelihatan juga Mantan Imam YM Hj Abd Rahman Hj Seruddin, YM Bilal Mohd Khairul Wafiy Hj Othman, YM Awg Hassan Amat (Ketua Pegawai Ugama) dan YM Hj Burhanuddin Hj Hashim (Ketua Kampong).

Ahad, 19 Jun 2016

KUMPULAN MUSLIMAH MASJID KAMPONG BIRAU TURUT BERTADARUS

Isnin, 20 Jun 2016, Kumpulan Muslimah Masjid Kampong Birau Tutong, tidak ketinggalan turut serta mengadakan majlis bertadarus dimalam-malam bulan Ramadan tahun ini 1437 hijah.  Dimana  pada malam 14 Ramadan mereka telah menghabiskan bacaan 30 juzuk dan Khatam.

Ianya diketuai olih ketua kumpulan Yang Mulia Dayang Hajah Jainah binti Haji Awang Layeh dan ditasmik bacaan olih Yang Mulia Dayang Hajah Minah binti Haji Hassan.

Majlis Tadarus Al Quraan diadakan sebagai aktiviti tahunan kumpulan tersebut.  Turut serta ialah isteri ketua kampong Birau Yang Mulia Dayang Hajah Rapiah binti Haji Abdul Rahman.

Kelihatan YM Hjh Minah Hj Hassan mendengar dan meneliti bacaan perserta.

Mereka membaca bergilir-gilir sambil ditasmik bacaan mereka.