Seramai 39
orang dari Kumpulan Muslimah Masjid Kampong Birau telah mengadakan aktiviti
akhir tahun 2015 dengan mengadakan kunjungan dan lawatan ke Bandaraya Kuching, ibu Negeri Sarawak dari
26hb hingga 31hb Disember 2015 yang baru lalu.
Rombongan telah mengikuti jalan darat dengan menaiki bas sewa khas dari
Negara Brunei Darussalam melalui sempadan Negara Brunei Darussalam di Sungai
Tujuh, Kuala Belait dan Miri Sarawak.
Rombongan
telah diketuai oleh Ketua Kumpulan Muslimah Yang Mulia Dayang Hajah Zainah
binti Haji Awang Layeh, turut serta isteri Ketua Kampong Birau, Tutong Dayang
Hajah Rapiah binti Haji Abdul Rahman yang juga selaku ahli kumpulan tersebut.
Turut serta
dalam rombongan ialah Yang Berhormat Orangkaya Maha Bijaya, Haji Othman bin
Uking, Ahli Majlis Mesyuarat Negara selaku pengiring rombongan. Mereka telah disambut oleh seorang Jurupandu
Pelancong Negeri Sarawak, Yang Mulia Awang Michail Lim. Yangmana beliau telah membawa dan menerangkan
segala apa jua fakta dan sejarah yang terdapat ditempat-tempat yang mereka
kunjungi.
Rombongan
telah dibawa melawat ketempat-tempa yang menarik dan bersejarah. Tempat-tempat yang telah sempat mereka
kunjungi ialah:
1. Kampong Budaya Sarawak.
2. Makam Sultan Awang Tengah.
3. Muzium Negeri Sarawak.
4. Muzium Kuching (PUSA).
5. Perusahaan Kek Lapis Sarawak Dayang
Salha.
6. Gerai Perusahaan Memprosis Ikan
Terubuk. dan akhirnya.
7. Membeli belah di Komplek Kedai dan
Perniagaan.
Tujuan utama untuk membawa ahli-ahli meninjau dan
memerhati secara dekat akan aktiviti mesyarakat disana, kebudayaan, pembangunan
mesyarakat setempat. Dengan itu dapatlah
dikelangan muslimah mengambil iktibar yang berguna untuk kegunaan diri sendiri
dan keluarga masing-masing.
Alhamdulillah dengan adanya lawatan yang
singkat itu dapatlah mereka menjalinkan
dan mengiratkan silaturahim diantara mereka.
Memulakan keberangkatan mengunakan bas untuk mengadakan lawatan ke Bandaraya Kuching Ibu Negeri Sarawak, Malaysia Timur.
Pintu utama Hotel Permai Bandar Sibu.
Kelihatan di tengah YM Hajah Rapiah Hj Abd Rahman (Isteri Ketua Kampong Birau)
Sambil menunggu untuk memilih menu untuk dinikmati.
Merakam gambar kenangan disalah sebuah kedai makan disekitar Bandaraya Kuching.
Menunggu pesanan makanan dan minuman untuk dinikmati.
Bergambar ramai dihadapan Kampong Budaya di Gunung Sentubong, Kuching, Sarawak.
Ditengah Ketua Rombongan YM Hajah Zainah Hj Awg. Layeh turut memalu gendang.
Menikmati makan tengahari di Bandar Niah. Sarawak.
Dari kiri YM Hajah Rapiah dan YM Hajah Zainah.