MASJID KAMPONG BIRAU

Saya HAJI IBRAHIM BIN HAJI RATU selaku pereka blog ini mengucapkan "Selamat mengikuti blog kami"

Jumaat, 15 Julai 2016

MAJLIS MEMBACA YASIN DAN DOA KESYUKURAN SEMPENA HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA KE TUJUH PULUH TAHUN.

Hari Khamis Malam Jumaat, 14 Julai 2016, Penduduk Kampong Birau serta jemaah Masjid Kampong Birau telah mengadakan majlis Membaca Surah Yasin dan Doa Kesyukuran Sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Beginda Sultah Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Wadaullah, Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam ke 70 tahun.

 YM Imam Pg Mohd Fakhrin Pg Md Dani mengepalai bacaan Surah Yasin dan Tahlil.



 YM Hj Johan Hj Jeluddin.



 Dari kiri YM Awg Naim Bungsu,  YM Hj Md Noor Idris, YM Hj Matsih Arsad dan YM Hj Jalil Bungsu.

 YM Hj Abu Bakar Hj Ratu.

Dari kiri YM Md Noor Hj Zaidi, YM Imam Hj Abd Rahman Hj Seruddin, YM Hj Adenan Hj Ghani dan YM Hj Burhanuddin Hj Hashim (Ketua Kampong Birau).

MUSLIMAH MASJID AKAN MENGADAKAN MAJLIS SEMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI

Hari Rabu malam Khamis, 13 Julai 2016,  Ahli Jawatankuasa Muslimah Masjid Kampong Birau telah mengadakan mesyuarat bagi mengendalikan sembutan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 1437Hijrah / 2016 Mesihi.  Turut hari pada permesyuaratan tersebut ialah Yang Mulia Haji Burhanuddin bin Haji Hashim, Ketua Kampong Birau serta beberapa orang penduduk lelaki Kampong Birau.

 Dari kiri YM Hj Burhanuddin Hj Hashim (Ketua Kampong), YM Awg Reduan Jamil dan YM Hj Bidin Hj Md Noor.
 YM Hj Abu Bakar Hj Ratu, YM Hj Burhanuddin Hj Hashim dan YM Awg Reduan Jamil.










Rabu, 6 Julai 2016

KETUA KAMPONG MENGADAKAN RUMAH TERBUKA.

Hari Rabu 1 Syawal 1437 / 6 Julai 2016, Ketua Kampong Birau Yang Mulia Haji Burhanuddin bin Haji Hashim telah mengadakan majlis rumah terbuka bagi penduduk Kampong Birau dan Luagan Timbaran yang dibawah jagaan beliau.  Ianya diadakan sejurus selasainya Sembahyang Sunat Aidilfitri berlangsung di Masjid Kampong Birau.






















TAKBIR HARI RAYA

Hari Rabu, 1 Syawal 1437 / 6 Julai 2016,  Hari Raya aidilfitri telah jatun pada hari ini.  Yangmana takbir hari raya dikumandangkan sebelum sembahyang sunat hari raya.

Sembhyang sunat Aidilfitri diimamkan oleh Yang Mulia Imam Pengiran Muhammad Fakrin bin Pengiran Muhammad Dani dan dibilalkan oleh Yang Mulia Bilal Muhammad Wafie bin Haji Othman.

Salinan Teks Takbir Hari Raya.

 YM Hj Burhanuddin Hj Hashim Ketua Kampong sedang menunggu giliran untuk mengumandangkan takbir hari raya.

 YM Imam Hj Abd Rahman sedang mengumbandang alunan takbir pada pagi hari raya.

 Para Jemaah menunggu waktu untuk menunaikan sembahyang sunat Aidilfitri.

 YM Hj Ibrahim Hj Ratu menunggu giliran untuk bertakbir.

 YM Ustaz Hassan Amat sedang bertakbir.

 Atas mimbar YM Imam Pg Md Fakrin Pg Md Dani dan YM Muhd Wafiy Hj Othman berdiri dibawah.

 YM Muhd Wafiy sedang membaca masiral selaku bilal.

 YM Imam Pg Muhd Fakrin Pg Md Dani sedang membaca khutbah Hari Raya.


MAJLIS KHATAM AL QURAAN.

Hari Ahad, 27 Ramadan 1437 / 3 Julai 2016, Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampong Birau telah mengadakan majlis Khatan Al Quran, bersempena berakhirnya pembacaan Al Quraan.
 bagi Majlis Bertadarus bagi bulan Ramadan 1437 Hijrah.  Majlis diselajurkan dengan Doa Arwah Sekampong dan berbuka puasa.

Majlis turut dihadiri Yang Berhormat Orangkaya Maha Bijaya Haji Othman bin Uking Ahli Majlis Meyuarat Negara selaku Penesihat I Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampong Birau dan Yang Mulia Haji Burhanuddin bin Haji Hashim, Ketua Kampong Birau yang juga selaku Penasihat II.







Para belia yang turut berkhatam.

Sebahagian perserta khatam.

Pembaca dari kelangan kanak-kanak dan mualaf.

Dari kiri YM Naim Bungsu dan YM Jalil Md Yassin.

Muslimah Masjid juga tidak ketinggalan hadir dalam majlis.

Sebahagian para belia masjid turut serta berkhatam alquraan.

Barisan depan dari kiri YM Hj Mydin Ghani, YM Md Wafiy Hj Othman, YM Pg Md Fakrin Pg Md Dani, YM Hj Ahmad Hj Abd Rahman, YM Hj Md Sih, YM Hj Abd Rahman Hj Serudin, YB OKMB Hj Othman Uking dan YM Hj Burhanuddin Hj Hashim.