MASJID KAMPONG BIRAU

Saya HAJI IBRAHIM BIN HAJI RATU selaku pereka blog ini mengucapkan "Selamat mengikuti blog kami"

Sabtu, 26 Disember 2015

JAWATANKUASA WANITA M. P. K. DAN JAWATANKUASA MUSLIMAH MASJID BIRAU MELAWAT KE KUCHING SARAWAK.

Seramai 39 orang dari Kumpulan Muslimah Masjid Kampong Birau telah mengadakan aktiviti akhir tahun 2015 dengan mengadakan kunjungan dan lawatan  ke Bandaraya Kuching, ibu Negeri Sarawak dari 26hb hingga 31hb Disember 2015 yang baru lalu.  Rombongan telah mengikuti jalan darat dengan menaiki bas sewa khas dari Negara Brunei Darussalam melalui sempadan Negara Brunei Darussalam di Sungai Tujuh, Kuala Belait dan Miri Sarawak.
Rombongan telah diketuai oleh Ketua Kumpulan Muslimah Yang Mulia Dayang Hajah Zainah binti Haji Awang Layeh, turut serta isteri Ketua Kampong Birau, Tutong Dayang Hajah Rapiah binti Haji Abdul Rahman yang juga selaku ahli kumpulan tersebut.

Turut serta dalam rombongan ialah Yang Berhormat Orangkaya Maha Bijaya, Haji Othman bin Uking, Ahli Majlis Mesyuarat Negara selaku pengiring rombongan.  Mereka telah disambut oleh seorang Jurupandu Pelancong Negeri Sarawak, Yang Mulia Awang Michail Lim.  Yangmana beliau telah membawa dan menerangkan segala apa jua fakta dan sejarah yang terdapat ditempat-tempat yang mereka kunjungi.
Rombongan telah dibawa melawat ketempat-tempa yang menarik dan bersejarah.  Tempat-tempat yang telah sempat mereka kunjungi ialah:

1.   Kampong Budaya Sarawak.
2.   Makam Sultan Awang Tengah.
3.   Muzium Negeri Sarawak.
4.   Muzium Kuching (PUSA).
5.   Perusahaan Kek Lapis Sarawak Dayang Salha.
6.   Gerai Perusahaan Memprosis Ikan Terubuk. dan akhirnya.
7.   Membeli belah di Komplek Kedai dan Perniagaan.

Tujuan utama untuk membawa ahli-ahli meninjau dan memerhati secara dekat akan aktiviti mesyarakat disana, kebudayaan, pembangunan mesyarakat setempat.  Dengan itu dapatlah dikelangan muslimah mengambil iktibar yang berguna untuk kegunaan diri sendiri dan keluarga masing-masing.

Alhamdulillah dengan adanya lawatan yang singkat itu dapatlah mereka  menjalinkan dan mengiratkan silaturahim diantara mereka.

Memulakan keberangkatan mengunakan bas untuk mengadakan lawatan ke Bandaraya Kuching Ibu Negeri Sarawak, Malaysia Timur.

Pintu utama Hotel Permai Bandar Sibu.

Kelihatan di tengah YM Hajah Rapiah Hj Abd Rahman (Isteri Ketua Kampong Birau)

Sambil menunggu untuk memilih menu untuk dinikmati.

Merakam gambar kenangan disalah sebuah kedai makan disekitar Bandaraya Kuching.

Menunggu pesanan makanan dan minuman untuk dinikmati.

Bergambar ramai dihadapan Kampong Budaya di Gunung Sentubong, Kuching, Sarawak.

Ditengah Ketua Rombongan YM Hajah Zainah Hj Awg. Layeh turut memalu gendang.

Menikmati makan tengahari di Bandar Niah. Sarawak.

Dari kiri YM Hajah Rapiah dan YM Hajah Zainah.

 Lawatan ke Kilang Pembuat Kek Lapis Sarawak.

 Menunggu kawan-kawan setelah selesai mencap paspot.

Keadaan dalam bas semasa yang lain turun mencap paspot, dipos kawalan Imigresen Sungai Tujuh. Sempadan Brunei - Sarawak.

Isnin, 21 Disember 2015

DIKIR MAULUD MASUK MALAM KE SEPULUH.

Isnin, 21 Disember 2015pihakmalam ini masuk sudah 10 Rabiul Awal 1437 hijrah, yangmana sudah 10 malam berturut-turut mengadakan majlis dikir maulud.

Ini gambar Malam 9 Rabiul Awal semalam.

Ini gambar malam 10 Rabiul Awal 1437.




















Sabtu, 12 Disember 2015

DIKIR MAULUD BERMULA BAGI TAHUN 1437H / 2015M

Sabtu 1 Rabiul Awal 1437H / 12 Disember 2015M, telah bermulanya Majlis Dikir di Masjid-Masjid, Surau-Surau dan Balai-Balai Ibadat di seluruh Negara bermula bagi 12 Malam berturut-turut bersempena dengan Maulud Nabi Muhammad SAW bagi tahun ini 1437H bersamaan 2015M.










Selasa, 1 Disember 2015

KUMPULAN MUSLIMAH MASJID KAMPONG BIRAU TELAH MENGADAKAN LAWATAN KE TAMAN REKREASI HARBA KAMPONG PUTAT.

Selasa 1 Disember 2015, Rombongan Muslimah Masjid Kampong Birau yang diketuai olih Dayang Hajah Zainnah Haji Awang Layeh (Pengerusi Muslimah) telah mengadakan lawatan ke Taman Rekreasi Harba  Kampng Putat.  Ianya diadakan sebagai aktiviti akhir tahun 2015 mereka.

Rombongan telah disambut olih Penuduk Kampong Putat yang diketuai olih Yang Berhormat Awang Haji Jumaat bin Akim, selaku Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Ketua Kampong dan Pengerusi Majlis Perunding Kampong Putat.

Yang Berhormat telah memberi penerangan tentang pembinaan Taman Rekreasi tersebut, yang diungkayahkan olih Ahli-Ahli Jawatankuasa Majlis Perunding Kampong Putat sendiri.

 Kelihatan duduk dari kiri Hjh Rafeah, Hjh Aminah, Hjh Rokiah Hj Tahir (Isteri YB), YB Hj Hj Jumat Akim, Hjh Zainnah (Pengerusi) berserta lain-lain ahli yang turut dalam lawatan.










 YB Hj Jumaat Akim membawa rombongan melawat taman harba beliau.


 Sebahagian daripada perserta melawat dalam taman rekreasi harba Kg Putat.






Sabtu, 7 November 2015

PERSERTA PERTANDING PERADUAN MEMBACA AL QURAAN BELIAWANIS TELAH MENDAPAT TEMPAT NAIB JOHAN.

Sabtu 7 November 2015, Perserta perempuan berlia (beliawanis) telah mendapat tempat kedua (Naib Johan) dalam Pertandingan Mambaca Al Quraan Belia & Beliawanis, Masjid, Surau dan Balai Ibadat Pengkat Akhir Negara. 

Pertandingan dianjurkan olih Jabatan Hal Ehawal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Bertampat di  Jame' Assr Hassanil Bolkiah Bandar Seri Begawan Negara Brunei Darussalam.

Yang Mulia Dato Seri Setia Awang Haji Abd Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof, Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam telah hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis dan Menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang.

Majlis telah dipengerusikan olih Pegarah Jabatan Hal Ehwal Masjid Yang Mulia Ustaz Haji Abd Rajid bin Haji Salleh.

Dimana wakil Masjid Kampong Birau Yang Mulia Dayang Khairun Nadirah bin Awang Ahmad telah mendapat tempat kedua (Naib Johan)

 YM Dyg Siti Khairun Nadirah Ahmad menerima hadiah yang disampaikan olih YM Ustaz DSS Awg Hj Ab Aziz bin OKML Hj Yussof.

 Pemenang kedua ini bergambar bersama ibu beliau YM Ustazah Kamsiah Hj Awang Layeh. Yang juga selaku guru ugama, bertugas mengajar Al Quran dan Rawi bagi Muslimah Masjid dan Guru Quraan bagi pelajar lanjutan Jabatan Pelajaran  mengajar di Pusat Kemesyarakatan Kg Birau.

YM Dyg Siti Khairun Nadirah Ahmad selaku wakil dari Masjid Kampong Birau.

AJK. TAKMIR DAN AJK MUSLIMAH KAMPONG BIRAU TELAH MENGADAKAN KEMPEN KEBERSIHAN UNTUK MEMBERSIH MASJID KAMPONG BIRAU.

Jumaat, 6 November 2015, Ahli Jawatankuasa Takmir dan Jawatankuasa Muslimah Masjid Kampong Birau Tutong telah mengadakan kerja gotongroyong bagi membersih bangunan dan kawasan Masjid Kampong tersebut.  

Kerja-kerja pembersihan dipimpin olih Pengerusi Jawatankuasa Takmir Yang Mulia Imam Pegiran Haji Mohammad Fakhrin bin Pengiran Hj Abd Ghani.   

Ahli Jawatankuasa Muslimah dipimpin olih Tenaga Pengajar Muslimah Yang Mulia Dayang Hajah Aminah binti Haji Hassan, turut dihadiri olih Pegawai Hal Ehwal Muslimah, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Zon Daerah Tutong, Yang Mulia Ustazah Hajah Nadhirah binti Haji Lahit.

Kempen kebersihan ini dikendalikan bersempena Awal Tahun Hijrah 1437…

 Perserta kempen kebersihan bergambar ramai bersama imam YM Pg Hj Fakhrin Pg Hj Abd Ghani

Kempen dijalankan dari AJK Takmir dan AJK Muslimah.

 Salah seorang Muslimah sedang membersihkan mob yang telah disapukan kelantai.

 Mengelap pagar beranda yang telah berhabuk.

 Sebahagian Muslimah mengusai bunga hiasan diluar bangunan masjid yang ada.

 Memperelokkan keadaan tanaman bunga.

 Menyapu dan membersih lantai plywood bagi pertambahan keluasan ruang solat.

Bergambar ramai bersama Pegawai Hal Ehwal Masjid Daerah Tutong YM Hj Masri Hj Mohammad.