MASJID KAMPONG BIRAU

Saya HAJI IBRAHIM BIN HAJI RATU selaku pereka blog ini mengucapkan "Selamat mengikuti blog kami"

Sabtu, 26 Disember 2015

JAWATANKUASA WANITA M. P. K. DAN JAWATANKUASA MUSLIMAH MASJID BIRAU MELAWAT KE KUCHING SARAWAK.

Seramai 39 orang dari Kumpulan Muslimah Masjid Kampong Birau telah mengadakan aktiviti akhir tahun 2015 dengan mengadakan kunjungan dan lawatan  ke Bandaraya Kuching, ibu Negeri Sarawak dari 26hb hingga 31hb Disember 2015 yang baru lalu.  Rombongan telah mengikuti jalan darat dengan menaiki bas sewa khas dari Negara Brunei Darussalam melalui sempadan Negara Brunei Darussalam di Sungai Tujuh, Kuala Belait dan Miri Sarawak.
Rombongan telah diketuai oleh Ketua Kumpulan Muslimah Yang Mulia Dayang Hajah Zainah binti Haji Awang Layeh, turut serta isteri Ketua Kampong Birau, Tutong Dayang Hajah Rapiah binti Haji Abdul Rahman yang juga selaku ahli kumpulan tersebut.

Turut serta dalam rombongan ialah Yang Berhormat Orangkaya Maha Bijaya, Haji Othman bin Uking, Ahli Majlis Mesyuarat Negara selaku pengiring rombongan.  Mereka telah disambut oleh seorang Jurupandu Pelancong Negeri Sarawak, Yang Mulia Awang Michail Lim.  Yangmana beliau telah membawa dan menerangkan segala apa jua fakta dan sejarah yang terdapat ditempat-tempat yang mereka kunjungi.
Rombongan telah dibawa melawat ketempat-tempa yang menarik dan bersejarah.  Tempat-tempat yang telah sempat mereka kunjungi ialah:

1.   Kampong Budaya Sarawak.
2.   Makam Sultan Awang Tengah.
3.   Muzium Negeri Sarawak.
4.   Muzium Kuching (PUSA).
5.   Perusahaan Kek Lapis Sarawak Dayang Salha.
6.   Gerai Perusahaan Memprosis Ikan Terubuk. dan akhirnya.
7.   Membeli belah di Komplek Kedai dan Perniagaan.

Tujuan utama untuk membawa ahli-ahli meninjau dan memerhati secara dekat akan aktiviti mesyarakat disana, kebudayaan, pembangunan mesyarakat setempat.  Dengan itu dapatlah dikelangan muslimah mengambil iktibar yang berguna untuk kegunaan diri sendiri dan keluarga masing-masing.

Alhamdulillah dengan adanya lawatan yang singkat itu dapatlah mereka  menjalinkan dan mengiratkan silaturahim diantara mereka.

Memulakan keberangkatan mengunakan bas untuk mengadakan lawatan ke Bandaraya Kuching Ibu Negeri Sarawak, Malaysia Timur.

Pintu utama Hotel Permai Bandar Sibu.

Kelihatan di tengah YM Hajah Rapiah Hj Abd Rahman (Isteri Ketua Kampong Birau)

Sambil menunggu untuk memilih menu untuk dinikmati.

Merakam gambar kenangan disalah sebuah kedai makan disekitar Bandaraya Kuching.

Menunggu pesanan makanan dan minuman untuk dinikmati.

Bergambar ramai dihadapan Kampong Budaya di Gunung Sentubong, Kuching, Sarawak.

Ditengah Ketua Rombongan YM Hajah Zainah Hj Awg. Layeh turut memalu gendang.

Menikmati makan tengahari di Bandar Niah. Sarawak.

Dari kiri YM Hajah Rapiah dan YM Hajah Zainah.

 Lawatan ke Kilang Pembuat Kek Lapis Sarawak.

 Menunggu kawan-kawan setelah selesai mencap paspot.

Keadaan dalam bas semasa yang lain turun mencap paspot, dipos kawalan Imigresen Sungai Tujuh. Sempadan Brunei - Sarawak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan