MASJID KAMPONG BIRAU

Saya HAJI IBRAHIM BIN HAJI RATU selaku pereka blog ini mengucapkan "Selamat mengikuti blog kami"

Ahad, 19 Julai 2015

KETUA KAMPONG BIRAU TELAH MENGADAKAN RUMAH TEBUKA HARI RAYA.

Sabtu, 1 Syawal 1436 / 18 Julai 2015.  Penduduk kampong Birau Daerah Tutong  telah  diundang menikmati jamuan Hari Raya Aidilfitri tahun ini dikediaman Kampong Kampong,  Yang Mulia Awang Haji Burhanuddin bin Haji Hashim.  Yangmana disediakan dengan bermacam-macam  juadah untuk dinikmati oleh para penduduk yang sudi berkunjung kerumah terbuka tersebut.

Sejurus selesai menunaikan solat sunat Aidilfitri para jemaah berkunjung kekediaman Ketua Kampong Birau.

Sempat bergambar ramai dengan hadirin YM Hj Burhanuddin bin Hj Hashim (Ketua Kampong) berada dikedudukan ke-8 dari kiri.

Sebahagian hadirin menikmati juadah dihidangkan.

Sebahagian lagi juga sedang menikmati jamuan.

Semua hadirin menadah tangan mengaminkan doa memohon restu Ilahi yang sedang dibacakan.

Keadaan hadirin sedang memilih makanan dan minuman yang disediakan olih tuan rumah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan