MASJID KAMPONG BIRAU

Saya HAJI IBRAHIM BIN HAJI RATU selaku pereka blog ini mengucapkan "Selamat mengikuti blog kami"

Ahad, 9 Ogos 2015

MUSLIMAH, BIRO PERGERAKAN WANITA, MPK DAN AJK TAKMIR MASJID KAMPONG BIRAU TELAH MENGADAKAN MAJLIS RAMAH MESRA HARI RAYA.

Ahad, 9 Ogos 2015, Ahli Jawatankuasa Muslimah, Biro Pergerakan Wanita serta Majlis Perundingan Kampong dan Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampong Birau telah mengadakan majlis Ramah Mesra Hari Raya bagi tahun ini 1436 hijrah / 2015 Mesihi.  Ianya julung-julung kali diadakan bersempena Hari Raya Aidil Fitri.

Majlis dihadiri olih Yang Mulia Awang Haji Abdul Rahim bin Abdullah Yakin Penghulu Mukim Kiudang selaku Tetamu Kehormat Majlis berserta isteri beliau.
.
Turut Hadir Ahli Majlis Mesyuarat Negara Yang Berhormat Orang Kaya Maha Bijaya Awang Haji Othman bin Ukin dan Isteri, Yang Mulia Awang Mohammad Saiful bin Abdullah Ketua Kampong Kiudang dan Yang Mulia Awang Haji Burhanuddin bin Haji Hashim Ketua Kampong Birau. 

Pengerusi Majlis Yang Mulia Hajah Aminah binti Haji Hassan telah menyampaikan Ucapan Alu-Aluan

Majlis diserikan dengan dikir Sharafil Anam dengan lagu Bi Sahrin Sicantek Manis olih Pasukan Dikir Masjid Kampong Birau diketuai olih Yang Mulia Imam Haji Abdul Rahman bin Haji Seruddin.

Kamudian diikuti olih dikir Marhaban dibawakan olih Pasukan Dikir Muslimah diselajurkan dengan menepong tawar bagi 9 orang ibu-ibu dan anak damit perempuan yang baru lahir dan dikhatankan.


Mendahului menepung tawar oleh tetamu kerhormat majlis.  Majlis juga diserikan dengan cabutan bertuah, yangmana hadiah-hadiah didermakan oleh kumpulan Muslimah sendiri.

 Dari kiri YM Hj Burhanuddin Hj Hashim, YM Hj Md Saiful Abdullah KK Kiudang, YB OKMB Hj Othman Uking, YM Hj Abd Rahim Abdullah Yakin (Penghulu / Tetamu Kehormat) YM Hjh Rahmah Abdullah (Isteri Penghulu).

YM Hjh Aminah Hj Hassan (Pengerusi Majlis)) menyampaikan Ucapan Alu-aluan.


 Bilal Masjid Birau mengepalai bacaan surah Alfateha dan doa selamat.

Sedang menikmati jamuan dari kiri YM Hj Burhanuddin, YB OKMB Hj Othman dan YM Hj Abd Rahim (tetamu kehormat).


Sebahagian dari penduduk Kampong Birau yang hadir 


Persembahan dikir dari kumpulan dikir lelaki diketuai olih YM Imam Hj Abd Rahman Hj Seruddin.

 Sembilan orang ibu-ibu berserta anak-anak damit perempuan  mereka yang baru lahir dan berkhatan disembur bunga rampai tanda selamat.

 Numbur bertuah diberi hadiah yang banyak disediakan olih AJK Muslimah.

Sesiapa saja numburnya mendapat tuah tidak kira usia.

YM Hj Abdul Mutalib membacakan numbur-numbur bertuah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan