MASJID KAMPONG BIRAU

Saya HAJI IBRAHIM BIN HAJI RATU selaku pereka blog ini mengucapkan "Selamat mengikuti blog kami"

Jumaat, 27 Februari 2015

JAWATANKUASA MUSLIMAH MASJID MENGADAKAN LAWATAN KE PERUSAHAAN MADU KELULUT

Jumaat 27 Februari 2015, seramai 28 orang Ahli Jawatankuasa Muslimah Takmir Masjid Kampong Birau telah mengadakan lawatan kesebuah perusahaan Madu Kelulut.  Rombongan telah diketuai olih Yang Mulia  Ustazah Hajah Aminah binti Haji Hassan.

Mereka telah disambut olih Pengurus Perusahaan tersebut Yang Mulia Awang Mitsby bin Haji Mamit bertempat di No 14, Simpang 1159-50, Jalan Bukit Nanas, Kampong Sungai Kelugus,  Mukim Keriam, Daerah Tutong.

Usaha ini dijalankan dalam kawasan rumah beliau sahaja.  Ianya mula diusahakan dalam tahun 2009.  Di umamkan untuk orang ramai dalam bulan Disember 2014.  Ianya mengeluarkan madu dada musim berbunga pokok buah-buahan.  Madu ini digunakan bagi membuat ubat-ubatan bagi penyakit kulit dan lain-lain.

 Ahli Jawatankuasa Muslimah bergambar ramai bersma Pengurus Perusahaan Yang Mulia Mitsby bin Haji Mamit .

Mereka bergambar sambil mendengar penerangan daripada pengurus.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan