Selasa, 4 Ogos 2015, Satu Projek
Jalinan Mesra Penerangan telah mengadakan, Dimana kunjungan ke Rumah Ketua
Kampong Birau telah dijalankan.
Rombongan
diketuai olih Pemangku Pengarah Jabatan tersebut Yang Mulia Awang Wardi bin Haji Mohammad
diselajurkan dengan Kunjungan Berhari Raya. Turut serta Pegawai-Pegawai dari Jabatan Tersebut Yang Mulia Awang Ali Termizi bin Haji Ramli, Yang Mulia Awang Haji Salleh bin Haji Yusra, Yang Mulia Dayang Ruhil Amal binti Yahya dan Yang Mulia Awang Mohammad bin Abdullah.
Rombongan telah disambut olih Ketua Kampong Birau Yang Mulia Awang Haji Burhanuddin
bin Haji Hashim berserta keluarga, Ahli-Ahli Jawatankuasa Majlis Perunding
Kampong dan Penduduk Kampong Birau sendiri.
Turut hadir
Yang Berhormat Orang Kaya Maha Bijaya Haji Othman bin Uking, Ahli Majlis
Mesyuarat Negara.
Acara
dimulakan dengan bacaan surah Alfateha yang diketuai olih Yang Mulia Imam Haji Abdul
Rahman bin Haji Seruddin, kemudian Ucapan daripada Pemangku Pengarah Penerangan
dan seterusnya mendengar usul, pendapat dan permasaalahan dari penduduk kampong
yang hadir.
Majlis
diakhiri dengan jamuan Hari Raya.
Para hadirin mendengar penerangan daripada Pmk. Pengarah Penerangan YM Awg Mawardi Hj Mohammad.
Sebahagian lagi penduduk Kg Birau yang hadir.
YM Hj Burhanuddin Hj Hashim memberi ucapan terima kasih diatas kehadiran YM Awg Mawardi Hj Mohammad.
Sama-sama mendengar peranan dan pungsi utama kehadiran mereka.
YM Cikgu Hj Abd Mutalib Hj Ghani mengusulkan pertanyaan kepada pihak kerajaan.
Dari kiri YM Imam Hj Abd Rahman, YM Hj Ahmad Hj Ab Rahman dan YB OKMB Hj Othman Uking.
Dari kiri YM Ali Termizi, YM Hj Ibrahim, YM Cikgu Hj Talib, YM Awg Hassan, YM Cikgu Hj Abidin dan YM Cikgu Hj Haris.
Sebahagian lagi yang hadir.
Menerangkan soal pendatang asing banyak berkeliaran tanpa kerja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan