MASJID KAMPONG BIRAU

Saya HAJI IBRAHIM BIN HAJI RATU selaku pereka blog ini mengucapkan "Selamat mengikuti blog kami"

Sabtu, 27 Februari 2016

CERAMAH SEMPENA SEMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE 32 NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Pada Hari Sabtu, 18 Jamadilawal 1437 / 27 Februari 2014, Pejabat Hal Ehwal Masjid Daerah Tutong dan dibantu olih Jawatankuasa Takmir Masjid Kampong Birau telah mengadakan satu majlis ceramah.  Yangmana ianya diadakan bersempena sembutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke 32 Tahun bagi tahun 2016 mesihi.  Ianya diadakan bagi Muslimah Masjid-Masjid Daerah Tutong.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis Yang Mulia Dayang Hajah Norhayaty binti Haji Mordadi isteri Pemangku Penolong Pegawai Daerah Tutong.  Manakala ceramah telah disampaikan olih Yang Mulia Ustazah Hajah Junainah binti Haji Gunong, penceramah khas dari Pusat Dakwah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.

Majlis telah dimulakan dengan bacaan surah alfateha yang dipimpin olih Yang Mulia Imam Pengiran Mohammad Fakhrin bin Pengiran Haji Mohammad Dani. 

Diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada pengerusi majlis Yang Mulai Dayang Hajah Minah binti Haji Hassan selaku Guru Pembimbing Muslimah Masjid Kampong Birau.


Acara kemuncak dengan ceramah bertajuk “Adab Wanita Islam Etika Tugas Tanggungjawab Kepada Keluarga dan Masyarakat”.  Yang disampaikan olih Penceramah Undangan.

 Dari kiri YM Dyg Hjh Norhayaty Hj Mordadi (Tetamu Kehormat), YM Ustazah Hjh Junainah Hj Gunong (Penceramah Undangan), YM Hjh Zainnah Hj Awg Layeh (Ketua Kumpulan Muslimah Kg Birau) dan YM Hjh Rapiah Hj Abd Rahman (isteri Ketua Kampong Birau).
 YM Ustazah Hjh Minah Hj Hassan (Pembimbing Muslimah Masjid Kg Birau) selaku Pengerusi Majlis menyampaikan ucapan alu-aluan. 

 YM Ustazah Hjh Junainah Hj Gunong (Penceramah undangan) ketika menyampaikan ceramah.

YM Imam Pg Md Fakhrin Pg Hj Md Dani mengepalai membaca surah al fateha diawal majlis.

 Diantara para jemputan muslimah Daerah Tutong yang hadir.

 Tidak ketinggalan jemaah lelaki juga hadir.

 Ketua Kumpulan Musliam Masjid Kg Birau menyampaikan cenderahati kepada Tetamu Kehormat Majlis.
Tetamu Kehormat majlis menyampaikan cenderahati kepada Penceramah Undangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan